Disclaimer

Hello, strangers & stalkers.
This skin is only Google Chrome friendly.
I'm sorry it sucks in Mozilla Firefox & Internet Explorer.
I am 16. I have a lot of story to tell in my blog.
hey! my blog is simple! rite?.. hi hi..

Baju Sama?
18 May 2012
21:55


Assalamualaikum.......

Sori blog, da lama aku hiraukan kau. Kau neh ibarat cam anak tiri pon ada.. Ekeke..

Neh cek nak cerita pasai baju sama.

Cek heran nooo.. Hari Rabu cek heran sekali..

Kenapa? Sebab, tiap2 hari Rabu, mesti baju cek sama dengan boy A. Boy A? Ya. Aku masih tak kawan dengan dia. Lepas debate, masih tak kawan lagi. Kenapa dengan kami!!??

Oh ya, cakap pasal baju.. Cek heran sangat! Tiap2 hari rabu, kami ada kelas malam. Selalunya, sebelum gi kelas, saya akan termenung depan loker.. Pikir nak pakai baju apa. Janji tutup aurat. Masa tu, saya pilih baju warna kuning. Kawan2 saya gelakkan saya. Sebab warna kuning nampak peliks. Bagi saya okey jea. Hu hu..

Sampai je dalam kelas. Saya wait cikgu datang. tup2, boy A masuk. Baju kuning jugak derrr... kaget gua.
Masalahnya sekarang. Makwe dia punyelah ayu berbaju kurung warna coklat tak silap haku. Jelesss diee..

Aku pun naik heran!! Acano dia leh ada baju warna kuning! Lagilah bengang wa nak tegur dia. Nak2 kelas aku memang suke matching2 baju warna sama.

Rabu seterusnya pulak, wa nekad taknak pilih baju warna kuning. Seram kot.
Then, wa pilih baju warna merah. Besau tau. Lengan labuh sampai tak nampak tangan. Punyalah kawan aku kata aku kolot, baju besar gedabak. Wa tak amek peduli. Asal tutup aurat!

Sampai kat tangga asrama. Guest what? Die baju merah jugak. Dengan muka2 aku merah sekali. Kenapa harus sama!! Again?

Kami nak tegur pun serba salah. Makwe dia asyik tengok aku semacam je. Hawwat?? Jeles ka.. Ha ha..

Aku dengan dia asyik baju sama je. Kebetulan atau dia ikut aku? Ceh. Kawan aku kata, jodoh. Oh tidak..Tolak tepiiiiiiiiiiiiiii...

Baju yang sama lagi, warna pepel, biru laut. confirm lepaih neh, aku pakai baju pink pulak! Kita tengok sama atau tak!

Labels: ,




1 comments
| Newer Post
Kenapa dengan dia..
13 April 2012
13:31


Assalamualaikum.

Alo blog. tempat aku luah perasaan. takde la.. tempat untuk aku luah dengan menaip. hmm..

aku x tahu nak cerita pasal apa. This is about boy A. Dia makin pelik sejak akhir-akhir neh. Perangai macam budak sakit mental. aku masih tak bercakap dengan dia. entah. Padahal aku tak gaduh pun dengan dia. Huarghh.. Stress la.. Sudahlah satu kelas.

Boy A neh kemaruk bercinta. Padahal makwe dia cakap kat aku, diorang dah putus. dan boy A takleh terima kenyataan. Aku memang taknak masuk campur. Sebab, hubungan aku dengan A, entah. Nak kata berkawan. Tak. Sebab aku memang tak hingin nak tegur dia. Aku masih ada ramai kawan2 lain. Tapi, kekadang aku kesian kat boy A, sebab selalu bersendirian sejak akhir-akhir neh.

Boy A masuk debate . Satu team dgn aku. Mula-mula tu, dia bersemangat nak bertanding. Tapi, masa latihan semalam, dia buat derk dalam kelas. Bodoh! rgtdukahntrcsnkymkerms

Aku geram betul dengan kebodohan yang dilakukan oleh dia semalam. Weh boy A! Hang tu dah besar! Cubalah bawak perangai 17 tahun! Bukan 7 tahun.. haih.. -.-'

Time kawan aku pergi tanya dia baik-baik. Dia buat tak layan. Aku pun nak jugak sound dia. Tapi, entah. Lidah aku kelu. Zzzz..

Tengoklah dulu ahad nanti camne.

Haihhhhhhh..



1 comments
| Newer Post
Serius keliru..
02 March 2012
23:34


Hello blog.

Hari ni, aku nak cerita pasal hati aku yang memang tengah keliru tahap entah. Huhu..

Maklum sahajalah..Aku dengan boy A satu kelas. Susah beb nak lupakan dia. Makwe dia kawan aku.. Hmm.. Aku cuba untuk menjauhkan diri daripada boy A. Tapi takleh. Sebab, rasa tak logik pulak. Sebab, aku dengan kawan boy A rapat gila. Takkan la tetiba bila dekat sikit dengan boy A, aku terus jadi diam. Tapi itulah aku.

Bila nampak boy A. Aku daripada ketawa, terus diam. Aku anggap boy A betul2 tak wujud. Tapi, time dia melawak, ada jugak aku gelak. Tapi tak lama. Sebab aku tak nak hanyut.

Baru2 ni, perangai boy A pelik sangat. Dia macam terlalu hanyut dalam cinta dia dengan makwe dia yang tah hapeeeeeeeeeee tu. Walaupun cikgu dah tangkap banyak kali diorang buat date. Dia tetap x insaf. Adoi.. Apa nak jadi.. Kekadang aku sedih gak tengok perubahan boy A yang drastik tu. Hmm.. Nak buat macam mana.. Aku tegur pun bukan dia nak dengar. So, aku biarkan aje. Makwe dia pun 2x5 jea.

Tapi tapi tapi.. Aku tak tahu aku boleh tepis atau tak perasaan suka aku ni.. Insya-Allah boleh. Amin!!



0 comments
| Newer Post
Sesi pendaftaran
01 January 2012
14:14


Assalamualaikum..

Hari ini aku menghadiri satu sesi. Sesi pendaftaran bagi tahun 2012. Pejam celik dah tingkatan 5 aku rupanya. Haih.. Sedih pulak untuk tinggalkan sekolah. Macam biasa, kalau nak pergi sekolah, mestilah pakai baju kurung. Baju kurung warna purple yang aku pilih pada hari ini.

Ibu bapa aku tak ikut. Tak apa.  He he.. Aku p bayar yuran sendiri. Bila dah besar ni, semua kena buat sendiri. Adeh..

Setibanya aku di sekolah, rupa-rupanya, kami kena daftar kat kelas masing-masing. Aku mencari-mencari kawan aku.. Tak ada. Then, jumpa kawan2 lelaki. Aku tanya, mana yang lain? Semua ada kat kelas. So, aku naik sorang2.. Ha ha..Sadis sunggoh.

Bila naik je.. Perasaan aku macam2 ada, takut , eksaited semuanya lah. Sampai je kat atas. Aku nampak dia. Siapa dia? Adalah~

Dia senyum kat aku. Adus.. Hatiku jadi tak tenteram. Dubdabdubdab.. Aku buat tak layan je.. He he.. Masuk je kelas, mak dia pon ada. Aku senyum je kat mak dia. Senyum kan sedekah..Lalala..

Aku dan dia bertentang mata lagi. Kali ni, dia dah tak senyum.. Hakhak.. Biarlah.. Ai ta kesahhhh pon. Dia makin hensem? Tak kot. makin comel je. Perasaan aku pada dia, entah. Tak tahu nak cakap macam mne. Hurm.. Maybe dah takde. Aku pun malas nak pikir bende2 macam neh. Buat serabut otak je.

Masa dia nak balik, aku perasan jugak mak dia tengok semacam je kat aku. He he..berkenan kat aku ke makcik!? XD

Kadang2 tu, takut jugak tengok renungan tajam oleh mak dia. Padahal,aku dengan dia bukan ada apa2. Tegur pun tidak. heh.

Esok daftar asrama pulak. Hmm.. Harap2 hubungan aku dengan dia still kawan sampai bila2..

Labels:




1 comments
| Newer Post
Attention to my follower!! Please read this!!
29 December 2011
17:21


Assalamualaikum..

Sedar atau tidak, blog aku ada follower.. Ades.. Terima kasihlah sebab sudi follow. Kalau sudi baca kisah sedih aku, terima kasih jugak.. :')

Nih nak habak. Saya ada blog lain. Blog untuk novel dan cerpen. Jom follow sana. Blog ni, untuk diari je .. Lalala..

http://unnieindah03.blogspot.com

jom baca cerpen pertama saya kat sana.

See you there~

Salam.



0 comments
| Newer Post
Result akhir tahun dah keluar.
19 December 2011
17:25


Assalamualaikum..

253f43540ddcdf6ca60344f25b359df7_large

Dah lama aku tak update sini.. Blog aku sihat ke tak ni? Huhu..

Hari ni, aku nak update pasal result akhir tahun.. Aku form 4. Tahun depan dah form 5. Result akhir tahun aku okey2 je. Tapi ada jugak gagal. Apa ? Sejarah la.. Aku memang tak suka sejarah.. Nak buat camno neh?

Aku dapat nombor 5 dalam keseluruhan tingkatan. Okeylah tu kan? Boy A dapat num 1. eh? Apa kena aku cakap pasal boy A? haha..

Hubungan aku dan boy A masih macam biasa. Tak bertegur sapa. Aku tak tahu apa yang aku patut lakukan. Tapi aku rasa berdiam diri lagi bagus.

Boy A memang sukakan makwe dia. So, aku rasa aku tak patut ganggu. Tapi, kalau mereka buat maksiat kecik depan aku, patut ke aku berdiam diri? Sedangkan nak berdepan dengan boy A aku kaku.

Tapi, kalau setakat sound-sound.. Aku berani la. He he..

Cuti dah nak habis. Adoiii.. Homework satu pun takdak siap.. Gimana sih..

Labels: ,




0 comments
| Newer Post
Aku Benci Engkau!!
04 December 2011
15:57


Assalamualaikum...

Hari ini, mood aku okey2.. Takde feeling sad2.. Hehehe.. Selama nih aku tahu, entri aku asyik mudi je.. Itu sebab aku buat belog. Macam diari tak berapa nak private. sebab.. Hati aku mungkin akan tenang kalau ada orang yang aku tak kenal komen entri aku. Lebih baik korang jangan kenal aku.. Aku ni pemalu.. Hihi.. :P

Aku dan boy A dah tak bertegur balik. Aku pon tak tahu nak mulakan topik apa sebenarnya. Lebih baik aku berdiam diri daripada terhegeh-hegeh yang borak dengan boy A , kan? Tak gitu?? Haha..

Bukan apa.. Aku rasa aku bersyukur sangat sebab tak berpasangan dengan dia. Even aku pernah terjatuh hati. tapi, apa boleh buat.. Aku pon ada perasaan suka tu. Dan, aku taknak sukakan orang yang maen2 dgn batas pergaulan dalam Islam.

Sebelum cuti sekolah bermula.. Memang ramai jugak pelajar yang dating2 nih.. Termasuk boy A dan makwe dia. Tapi, aku tetap nak masuk bilik tu. Bilik di mana mereka tengah buat DOSA. Memang aku benci sangat tengok muka mereka. Dan aku lagi benci terhadap diri aku. Kenapa lah aku susah sangat nak lupakan boy A???!!!

Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hatiku untuk orang lain..

Assalamualaikum.

Labels:




0 comments
| Newer Post
aku dan boy A tak perlu berbaik.
14 November 2011
20:20


Assalamualaikum.

Hari ini adalah hari paling sedih bagiku. Aku tak tahu kenapa dugaan selalu menimpa pada diriku. Aku baru sahaja berbaik dengan boy A. Tapi, ada satu perkara buruk berlaku terhadap diriku. Ustazah mengatakan aku adalah pelajar kelas depan yang kurang ajar dengan guru. Serius aku terkejut. Mungkin semalam aku memang ada terlepas cakap. Tapi aku tak bermaksud nak menyakiti hati ustazah. Langsung tak. Aku langsung tak meninggikan volume. Tapi, ustazah tu da kecik hati. Berbisa jugak mulut aku. Hi hi.. Aku pergi jumpa ustazah tu dan minta maaf. Dua kali aku salam. Memang aku betul2 menyesal. Tapi, kawan2 aku yang tengok tu, macam tak puas hati kot kat aku. Lantak la.. Asal aku minta maaf daripada terus hipokrit macam budak tu.

Cakap pasal boy A.. Aku rasa aku dan boy A tak patut berbaik. Kalau kami berbaik pasti macam2 perkara berlaku. Aku tak tahan. Korang mesti ingat aku gadis tabah. Sebab entri ni macam aku dah lupakan pasal ustazah. Tak. Aku tak tabah. Kawan2 aku cikgu2 semua ingat aku seorang yang tabah dan happy go lucky. Aku bukan macam tu...!! hanya bibir yang tersenyum. Tetapi hatiku ini benar2 luluh. Hanya Allah sahaja yang tahu.

boy A dengan aku dah berkawan. masa dia nak pinjam kertas kimia aku, aku buat tak endah je. Sebab tengah emotional dengan ustazah. Tapi, lepas boy A blah.. Aku baru rasa sedih. Kenapa aku buat tak endah? Kenapa aku selalu tak boleh nak berkawan dengan boy A??

Salam.



2 comments
| Newer Post
Andai kita hanya 'Kawan' , aku redha.
09 November 2011
21:20


Assalamualaikum.

This day, I feel very happy. Cause? Hmm.. I don't know how to share it. Okayh. My English is bad anyway. Bahasa jiwa bangsa. Dan aku bangga bahasa Melayu. Walaupun asyik tak boleh A. Subjek English boleh pulak. -.-'

It is about Boy A. Asyik2 boy A aje. Biarlah.. Bukan korang kenal pun. Huhu..

Today, nanae dan boy A dan kawan2 lain naik satu kereta pergi ke Hotel. Hotel apekaH?? jangan pikir bukan2. Berdosa sayang oiii.. Ini, kami pergi ambil hadiah la. Ada satu pertandingan. Hari ini, umum pemenang. :)

Nanae memang bahagia? Tak sangat la. Tapi, lebih kepada pasrah. Barangkali. Setelah aku menyiasat latar belakang adik beradik boy A. macam stalker pulak aku nih. Akhirnya aku tahu, adik beradik dia mmg jnis really serious dalam bercinta. dan aku rasa, boy A mmg btul2 sygkan musuh aku.

Hari ini, kami berdua dah balik kepada normal. Dah mula talking2. dan gelak2.  Mana tak nyaaa. Dia asyik buat lawak propa aje. hoho.. Nanae bersyukur kot. Sebab kami dah mula kawan. Tapi, hati nanae. . Selalu rasa nak muntah. sebab nanae memang takleh tengok dia dan makwe dia cakap kat depan nanae. huhu..

Takpela.. Andai kita hanya 'Kawan'. Aku redha. Sebab......... Ha ha.. Nevermind.

Salam..



2 comments
| Newer Post
makan hati susah,kan?
02 November 2011
19:50


Assalamualaikum.

Blog ni, nanae buat khas untuk nanae luah segala yang terbuku di hati nanae. "Nanae" adalah sekadar nama samaran. :)

Sesungguhnya aku bersyukur padaMu ya Allah kerana telah membukakan mataku untuk melihat kemungkaran yang dilakukan oleh boy A bersama makwenya a.k.a kawan nanae. Serius! Di sebalik kesyukuran itu, aku hanya hamba-Mu yang lemah. Aku merasakan hati ini pedih melihat semua itu di hadapan mata sendiri. Aku ingin sekali mencegah kemungkaran itu. Tapi, aku tidak berdaya. Mendengar kawan2 mengumpat akan diri mereka. Aku tidak tahu mahu mencelah macam mana. Sebab aku sangat2 sayang akan boy A. Aku tidak dapat berbohong pada hatiku sendiri. Kawan2 yang lain tidak tahu apa yang aku rasakan. Aku memang tidak boleh mengutuk boy A. Aku lemah!!!!

Lama2 macam ni susah jugak,kan? Boleh jadi gila nanae agaknya. Satu kelas beb! Parah gile.. Kritkal dah ni. Huuhu.. Untuk berbicara dengan boy A amat sukar sekarang ini. Terasa lidah ini kelu. Automatik terdiam apabila cikgu suruh nanae pergi jumpa dengan boy A. Boy A!!!! Kau pemusnah hatiku!!!

Kbai!

Salam!



1 comments
| Newer Post
hmm?
01 November 2011
17:47


Assalamualaikum.

Minggu depan, nanae kena p kem. Kem 1 Malaysia. weeee....

Guest what? Boy A pun pergi jugak. kaco betul!! Tiap kali ada nanae, pasti dia ada. Tak suka!!!!!

Hari ini, dah banyak kali hampir langgar dia. Cepat2 nanae larikan diri. langsung tak tengok mata dia. Hohoho..

kbooii..



0 comments
| Newer Post
Benci akan jadi sayang?
31 October 2011
17:58


Assalamualaikum.

entry sebelum ni, ada yang komen. Kalau benci kita akan sayang orang tu. Nope! Ya.. Nanae tahu kita tak boleh benci orang tu lebih-lebih. kang TERsayang pulak.

Tapi.. Nanae tetap tak nak never!!!! Takkan sayang kat dia ! Wa hate u ketat ketat boy A. Tapi.. Nanae tak sukalah nak mencarut tah hape-hape kan? Ho ho.. berdosa pula nanti tau. Tak mau. tak mau.

Asyik-asyik nanae cerita pasal boy A.. Korang tak bosan ke baca perkara yang sama? Sukahati la kan? Heeee...

Boy A hari ni, still same. Sombong dengan nanae. Eh? Bukan aku ke yang taknak kawan dengan dia? Hoho.

hari ini, dah masuk 313 hari rupenyeeeeee.... Bilangan hari kami tak berkawan. Apa boleh buat? Mungkin ini dugaan dari Ilahi kepadaku. Huaaa... Redha-redha. Mungkin aku akan diberi balasan iaitu. orang yang lagi henseom dari boy A??? Hihi. :P

Okeylah! Itu saja untuk hari ini.

Salam.



3 comments
| Newer Post
Lari Sebab Malu?
30 October 2011
16:43


Assalamualaikum.

Hari ni, ada perkara terbaru yang membuatkan nanae malu sendiri. Maluuuuu..

Sebab? Pagi tadi, nanae masuk kelas. Lepas tu, kawan nanae ajak pergi tandas. Sebab dia sakit perut. Hu hu.

SITUASI 1

Nanae tunggu kat luar aje. Pagi-pagi mana ada orang duk luar kelas. so, nanae nyanyi  lah lagu dalam blog ni. Beribu Sesalan. Ho ho.. Layan perasaan. Sementara tunggu kawan nanae keluar dari tandas tu.

Lepas tu. Duk syok2 nyanyi. Tetiba nanae teringatkan kat boy A. Apesal ni!!! Nanae pun berhenti nyanyi and pusing ke belakang. Kus semangat. boy A ada kat belakang. Memang nanae buat muka terkejut la. Sebab memang terkejut. Apa orang kata? Panjang umur? Haha...

Nanae segera pusing muka. Maluuuu.. Boy A pulak? Still pura2 tak kenal aku lettew. Geram!

..

SITUASI 2.

Ini perkara yang nanae rasa orang2 tertentu aje perasan nanae benci boy A. Bukan apa.. waktu tu, masa rehat dah habis. Nanae dan bff nanae masuk lewat sikit. Biasalah.. makan nasik macam siput. Ho ho..

kami masuk ikut pintu depan. Kawasan pelajar lelaki. Dua orang kawan nanae lalu ikut belakang kerusi boy A. Sebab jalan tu je yang dekat. Tapi... Kaki nanae automatik lari!! Hahahahahha.. Tak tahu kenapa.. Orang lain pelik sebab apa nanae ikut jalan lain. Aku peduli hapeeee... Tapi lepas lari tu, baru perasan. Tak baik jugak aku buat macam tu. Dah macam aku benci gila2 kat boy A. Padahal Nanae hanya malu. malu tengok muka boy A. Salahke aku? Hmmm..

And then masa Agama Islam. Boy A adalah buat2 lawak dalam kelas. Tapi nanae dengan pendirian nanae, takkan bercakap dengan boy A selagi dia tak mulakan dulu! FULLSTOP! Kita tengok sape lagi ego!

Okeylah! Itu saja perkara yang sudah terluah pada hari ini.

Assalamualaikum.



2 comments
| Newer Post
TIPS MELUPAKAN ORANG TERSAYANG
28 October 2011
17:46


Assalamualaikum.

Ini tips yang nanae bikin sendiri, dan ada lah kot try dari blog orang lain. Heeee...

1. Cuba sibukkan diri dengan perkara-perkara berfaedah. Iyelah. Kalau tak berfaedah namanya buang masa pulak, kan? Huhu. dengan cara ini, korang akan lama-lama akan buang perasaan rindu korang kat ex korang tu. *dah try, tapi failed lagi!* NEXT!!!

2. Banyak-banyakkan berdoa kepada-Nya. Dekatkan diri kita dengan Allah SWT. Hanya Dia yang boleh membantu anda. :)

3. Ikhtiar lagi. Ho ho. Cuba cari pakwe/ makwe baru. Huaaa... Tapi cara ni, aku tak suka try. Takut kecewa lagi. Aku ni jenis mls nak cari yang baru. Hua hua.

4. Cuba main game yang syokkk.. Macam tembak-tembak ke. Main pes ke. Main angry bird ke. Main the Sims ke. Ha ha. Itu semua game feveret aku. Aku dah try. Sume best. HAHA.. Korang try main Counter Strike. Lagi syokkk..*eh ? pomot game ke ni?* :P

5.  Think positive. Janganlah pedulikan orang yang dah tak pedulikan kita. Kan? Buang masa. Buang masa je weh! Ho ho.

6. Layan lagu rock. Best! Kalau layan lagu sedih tu, janganlah sangat. Takut melarat pula rindu korang tu. Hua hua.

Okeyh? Kalau tak jadi jugak. Aku takleh nak buat apa. Aku pun dah try semua tips yang aku bagi. Tapi tetap tak boleh. Sebab, asyik2 aku nampak muka orang yang aku sayang. Sebab satu kelas. Dugaan~

See ya!

Salam

Labels:




2 comments
| Newer Post
I don't what about my feeling!
17:37


Assalamualaikum.

Kini, aku nak buat pengakuan. Aku tak tahu apa perasaan aku kat kau! Tapi, orang kata kalau jantung berdegup time tengok orang kita suka. Tapi, lama2 aku dah tengok kau macam orang yang aku tak kenal. lol.

Serius! Aku tak tahu macam mana nak benci kau! =.=

Kenapa kau selalu muncul dalam hidup aku!?? Geram aku!! Walaupun kita satu kelas. Kita masih tak tegur sapa. I likeeee~

Tapi.. Aku rasa aku patut cari orang baru. Supaya kau rasa kehilangan aku pulak,kan? Well, nak dibandingkan aku dengan makwe kau? Ada aku kesah? :P

Okeylah! Malas nak layan dah kau nih!

Lebih baik aku sibukkan diri daripada memikirkan hal kau yang entah hape hape tu.

Kbai!

Salam



0 comments
| Newer Post
Memang nak cari pasal!
26 October 2011
17:10


Assalamualaikum.

Hai buku blog. huhu..

hari ni, nanae nak conteng2 sini sikit. Kau tak marah kan?

Semalam, cikgu2 tak masuk kelas. Sebab dah takde bende nak diajar. so, nanae bosan sesangat. Lagi2 tengok boy A tengah duk gatal2 dengan makwe dia. Biarlah dia.. Asal dia bahagieee..

Lepas tu, nanae amek kunci perpustakaan. Hajat nak baca buku ler.. rajinkan aku? :P

Nanae masuk prpustakaan dgn kawan2. Lepas tu, geng2 boy A masuk jugak. Spoil betol! Makwe dia tak masuk. Duk dlm kelas ajee..

Nanae buat2 dia tak wujud je.. sebab bagi nanae, buat apa nak tegur org yang taknak kitee.. kan?

Masa rehat, nanae nak tutup kejap perpustakaan. Lepas tu, geng2 boy A tak kasi. sebab diorang nak main saidina dalam tuh. Huh.! So, kunci semua kasi kat dia orang.

Lepas rehat, nanae and kawan2 naik balik. Perpustakaan terkunci. Geram! Nanae dan kawan2 tunggu kat luar pintu. Duk ngumpat la.. Ha ha.. Asyik dok gelak2 tu, geng2 boy A pon sampai.. Nanae masih tak perasan, nanae nih kalau gelak, memang syok! HAHA.. teruk betul haku.

Then, boy A ajuk nanae gelak. Grrr.. Memang nak cari passsal!

Kami duk bincang2 pasal seluo hitam. Apo kono kes seluar hitam lak? HAHA.. Sebab, ustazah kat sekolah kami, tetiba kata, seluar hitam bagi pelajar lelaki takleh pakai. Memang terekejut den. masa tu ustazah tu, duk bagitahu kat boy A la.. Sebab boy A pakai sluo itam. Nanae bukan nak backup boy A.. Tapi, nanae nak cakap tentang peraturan tah ape2 tu.

Boy A adalah macam nak talking2 dengan nanae. Tapi, nanae buat tak tahu jea. Malas nak layan.

Oh lagi satu! Semalam punye paper kan, ada gambar najwa latiff.. Sebelum nanae baca... Masa tu turn Boy A. Nanae terkejut gilak. Nak baca.... benci!

Boy A dah tahu, lepas dia habis baca, dia akan kasi kat nanae. tapi apa??!! Dia buat tak tahu je! Sakit hati betul aku dibuatnya!

Nanae ni dahlah menci tengok muka dia! Dengan perlahan2 nanae amek kat atas meja dia. Ho ho..

Kemudian.. Apa lagi? Belek2 lah kan..

Kat dalam paper tu, ada tulisan conteng.

Don't look at someone by its cover. But look in their heart.

Apo kono dio conteng sebegitu? Nak kata kat aku ke? Hish. aku orang baik.. he he..

Kesimpulannya.. Hari ni, wa masih tak kawan dengan boy A!

kbai!!

SALAM!



0 comments
| Newer Post
Permulaan.
25 October 2011
18:04


Assalamualaikum.

Nanae berumur? 16 tahun. Tinggal? rumah je.. He he.. Di mana? mana2 jea..

Di sini, aku nak ceritakan semuanya! yang patut ajela.. Yang takleh disimpan dlm hati je.. XD

nanae ada kawan. Nama dia. ntah. dia baik. kot.

Nanae kawan baik dengan dia since form 1. Sebab masa tu baru kenal le.. Ho ho..

Dia tu sape? Nanae ni perempuan. dia tu lelaki. Nama? nanae bagi oppa A ajela ye. :P

Oppa? geli pulak.. lain la.. Hm... boy A. Boy A nih sekelas dengan nanae since form 1 sampai skrg.

boy A nih pernah digosipkan dengan sorang girl kat kelas kami. kawan nanae jugak. tapi, nanae tak bape nak suka kat dia. sebab. dia terlalu gedixxxx.. grr..

nanae suke la kawab dgn boy A.. sebab dia satu kepala dengan nanae. duk gelak HAR HAR..

masa form 3. nanae dapat tahu, boy A couple dengan girl yang nanae benci. MEMANG terkejut gila nanae waktu tu.. Sedih? Ada kot sikit.

Sejak tahu diorang kapel. nanae dah tak rapat dengan boy A. tak tahu kenapa. nanae pernah text sms kat dia, macam nanae sukekan dia la.. and! dia faham maksud text tu.. MALU......

nanae malu nak jumpa dia. tapi, nanae masih sekelas dengan dia. Grr... asyik2 sekelas je.. bila kita nak pisah!?

kawan2 nanae sume tak tahu yang nanae sukekan boy A. boy A ? dia pandai simpan rahsia gak. dia tak ceritakan kat sape2 pun apa yang nanae text. dia pelajar cemerlang. nanae kurang cemerlang. :P

dia dapat straight A pmr last year. nanae? sikit je.

*banyak lagi nak cerita pasal boy A kat blog ni..

sampai sini dulu..

assalamualaikum

Labels:




0 comments
| Newer Post
Assalamualaikum
15:54


Assalamualaikum.

Nama ku? Just call me nanae. or qish. Why? It just my nickname. My name? Let it be a secret. Okey?

In this blog, I just wanna tell my story.. It will become my diary? Maybe. Hmm..

I am new in blogging. Sorry if my blog is so simple. And ..My blog also have a name. LLHS..

Wassalam.



0 comments
| Newer Post