Disclaimer
Hello, strangers & stalkers.
This skin is only Google Chrome friendly.
I'm sorry it sucks in Mozilla Firefox & Internet Explorer.
I am 16. I have a lot of story to tell in my blog.
hey! my blog is simple! rite?.. hi hi..
|
Disclaimer Hello, strangers & stalkers. This skin is only Google Chrome friendly. I'm sorry it sucks in Mozilla Firefox & Internet Explorer. I am 16. I have a lot of story to tell in my blog. hey! my blog is simple! rite?.. hi hi.. |
|
Baju Sama?
18 May 2012
21:55
Assalamualaikum.......
Sori blog, da lama aku hiraukan kau. Kau neh ibarat cam anak tiri pon ada.. Ekeke.. Neh cek nak cerita pasai baju sama. Cek heran nooo.. Hari Rabu cek heran sekali.. Kenapa? Sebab, tiap2 hari Rabu, mesti baju cek sama dengan boy A. Boy A? Ya. Aku masih tak kawan dengan dia. Lepas debate, masih tak kawan lagi. Kenapa dengan kami!!?? Oh ya, cakap pasal baju.. Cek heran sangat! Tiap2 hari rabu, kami ada kelas malam. Selalunya, sebelum gi kelas, saya akan termenung depan loker.. Pikir nak pakai baju apa. Janji tutup aurat. Masa tu, saya pilih baju warna kuning. Kawan2 saya gelakkan saya. Sebab warna kuning nampak peliks. Bagi saya okey jea. Hu hu.. Sampai je dalam kelas. Saya wait cikgu datang. tup2, boy A masuk. Baju kuning jugak derrr... kaget gua. Masalahnya sekarang. Makwe dia punyelah ayu berbaju kurung warna coklat tak silap haku. Jelesss diee.. Aku pun naik heran!! Acano dia leh ada baju warna kuning! Lagilah bengang wa nak tegur dia. Nak2 kelas aku memang suke matching2 baju warna sama. Rabu seterusnya pulak, wa nekad taknak pilih baju warna kuning. Seram kot. Then, wa pilih baju warna merah. Besau tau. Lengan labuh sampai tak nampak tangan. Punyalah kawan aku kata aku kolot, baju besar gedabak. Wa tak amek peduli. Asal tutup aurat! Sampai kat tangga asrama. Guest what? Die baju merah jugak. Dengan muka2 aku merah sekali. Kenapa harus sama!! Again? Kami nak tegur pun serba salah. Makwe dia asyik tengok aku semacam je. Hawwat?? Jeles ka.. Ha ha.. Aku dengan dia asyik baju sama je. Kebetulan atau dia ikut aku? Ceh. Kawan aku kata, jodoh. Oh tidak..Tolak tepiiiiiiiiiiiiiii... Baju yang sama lagi, warna pepel, biru laut. confirm lepaih neh, aku pakai baju pink pulak! Kita tengok sama atau tak! 1 comments Sesi pendaftaran
01 January 2012
14:14
Assalamualaikum..
Hari ini aku menghadiri satu sesi. Sesi pendaftaran bagi tahun 2012. Pejam celik dah tingkatan 5 aku rupanya. Haih.. Sedih pulak untuk tinggalkan sekolah. Macam biasa, kalau nak pergi sekolah, mestilah pakai baju kurung. Baju kurung warna purple yang aku pilih pada hari ini. Ibu bapa aku tak ikut. Tak apa. He he.. Aku p bayar yuran sendiri. Bila dah besar ni, semua kena buat sendiri. Adeh.. Setibanya aku di sekolah, rupa-rupanya, kami kena daftar kat kelas masing-masing. Aku mencari-mencari kawan aku.. Tak ada. Then, jumpa kawan2 lelaki. Aku tanya, mana yang lain? Semua ada kat kelas. So, aku naik sorang2.. Ha ha..Sadis sunggoh. Bila naik je.. Perasaan aku macam2 ada, takut , eksaited semuanya lah. Sampai je kat atas. Aku nampak dia. Siapa dia? Adalah~ Dia senyum kat aku. Adus.. Hatiku jadi tak tenteram. Dubdabdubdab.. Aku buat tak layan je.. He he.. Masuk je kelas, mak dia pon ada. Aku senyum je kat mak dia. Senyum kan sedekah..Lalala.. Aku dan dia bertentang mata lagi. Kali ni, dia dah tak senyum.. Hakhak.. Biarlah.. Ai ta kesahhhh pon. Dia makin hensem? Tak kot. makin comel je. Perasaan aku pada dia, entah. Tak tahu nak cakap macam mne. Hurm.. Maybe dah takde. Aku pun malas nak pikir bende2 macam neh. Buat serabut otak je. Masa dia nak balik, aku perasan jugak mak dia tengok semacam je kat aku. He he..berkenan kat aku ke makcik!? XD Kadang2 tu, takut jugak tengok renungan tajam oleh mak dia. Padahal,aku dengan dia bukan ada apa2. Tegur pun tidak. heh. Esok daftar asrama pulak. Hmm.. Harap2 hubungan aku dengan dia still kawan sampai bila2.. Labels: boy A 1 comments Result akhir tahun dah keluar.
19 December 2011
17:25
Assalamualaikum..
Dah lama aku tak update sini.. Blog aku sihat ke tak ni? Huhu.. Hari ni, aku nak update pasal result akhir tahun.. Aku form 4. Tahun depan dah form 5. Result akhir tahun aku okey2 je. Tapi ada jugak gagal. Apa ? Sejarah la.. Aku memang tak suka sejarah.. Nak buat camno neh? Aku dapat nombor 5 dalam keseluruhan tingkatan. Okeylah tu kan? Boy A dapat num 1. eh? Apa kena aku cakap pasal boy A? haha.. Hubungan aku dan boy A masih macam biasa. Tak bertegur sapa. Aku tak tahu apa yang aku patut lakukan. Tapi aku rasa berdiam diri lagi bagus. Boy A memang sukakan makwe dia. So, aku rasa aku tak patut ganggu. Tapi, kalau mereka buat maksiat kecik depan aku, patut ke aku berdiam diri? Sedangkan nak berdepan dengan boy A aku kaku. Tapi, kalau setakat sound-sound.. Aku berani la. He he.. Cuti dah nak habis. Adoiii.. Homework satu pun takdak siap.. Gimana sih.. Labels: boy A, peperiksaan 0 comments Aku Benci Engkau!!
04 December 2011
15:57
Assalamualaikum...
Hari ini, mood aku okey2.. Takde feeling sad2.. Hehehe.. Selama nih aku tahu, entri aku asyik mudi je.. Itu sebab aku buat belog. Macam diari tak berapa nak private. sebab.. Hati aku mungkin akan tenang kalau ada orang yang aku tak kenal komen entri aku. Lebih baik korang jangan kenal aku.. Aku ni pemalu.. Hihi.. :P Aku dan boy A dah tak bertegur balik. Aku pon tak tahu nak mulakan topik apa sebenarnya. Lebih baik aku berdiam diri daripada terhegeh-hegeh yang borak dengan boy A , kan? Tak gitu?? Haha.. Bukan apa.. Aku rasa aku bersyukur sangat sebab tak berpasangan dengan dia. Even aku pernah terjatuh hati. tapi, apa boleh buat.. Aku pon ada perasaan suka tu. Dan, aku taknak sukakan orang yang maen2 dgn batas pergaulan dalam Islam. Sebelum cuti sekolah bermula.. Memang ramai jugak pelajar yang dating2 nih.. Termasuk boy A dan makwe dia. Tapi, aku tetap nak masuk bilik tu. Bilik di mana mereka tengah buat DOSA. Memang aku benci sangat tengok muka mereka. Dan aku lagi benci terhadap diri aku. Kenapa lah aku susah sangat nak lupakan boy A???!!! Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hatiku untuk orang lain.. Assalamualaikum. Labels: boy A 0 comments Permulaan.
25 October 2011
18:04
Assalamualaikum.
Nanae berumur? 16 tahun. Tinggal? rumah je.. He he.. Di mana? mana2 jea.. Di sini, aku nak ceritakan semuanya! yang patut ajela.. Yang takleh disimpan dlm hati je.. XD nanae ada kawan. Nama dia. ntah. dia baik. kot. Nanae kawan baik dengan dia since form 1. Sebab masa tu baru kenal le.. Ho ho.. Dia tu sape? Nanae ni perempuan. dia tu lelaki. Nama? nanae bagi oppa A ajela ye. :P Oppa? geli pulak.. lain la.. Hm... boy A. Boy A nih sekelas dengan nanae since form 1 sampai skrg. boy A nih pernah digosipkan dengan sorang girl kat kelas kami. kawan nanae jugak. tapi, nanae tak bape nak suka kat dia. sebab. dia terlalu gedixxxx.. grr.. nanae suke la kawab dgn boy A.. sebab dia satu kepala dengan nanae. duk gelak HAR HAR.. masa form 3. nanae dapat tahu, boy A couple dengan girl yang nanae benci. MEMANG terkejut gila nanae waktu tu.. Sedih? Ada kot sikit. Sejak tahu diorang kapel. nanae dah tak rapat dengan boy A. tak tahu kenapa. nanae pernah text sms kat dia, macam nanae sukekan dia la.. and! dia faham maksud text tu.. MALU...... nanae malu nak jumpa dia. tapi, nanae masih sekelas dengan dia. Grr... asyik2 sekelas je.. bila kita nak pisah!? kawan2 nanae sume tak tahu yang nanae sukekan boy A. boy A ? dia pandai simpan rahsia gak. dia tak ceritakan kat sape2 pun apa yang nanae text. dia pelajar cemerlang. nanae kurang cemerlang. :P dia dapat straight A pmr last year. nanae? sikit je. *banyak lagi nak cerita pasal boy A kat blog ni.. sampai sini dulu.. assalamualaikum Labels: boy A 0 comments |